Siakap Keli
Gambar Hiasan(Kanan) Via RiauSKY.com/TribunAmbon

Hari Pernikahan Bertukar Duka, Kisah Pilu Pengantin Perempuan Meninggal Dunia Sejam Sebelum Diijabkabul

Seorang pengantin wanita di Indonesia dilaporkan meninggal dunia satu jam sebelum diijabkabulkan, lapor TribunAmbon.

Kejadian tular yang berlaku pada 30 September di Kabupaten Pemalang, Jawa Tengah itu menyaksikan segala persiapan untuk hari bahagia itu telah disempurnakan.

Dekorasi pelamin dan kerusi-kerusi juga telah tersergam indah disusun rapi bagi menyambut hari istimewa bakal pasangan pengantin itu. Malah, penghulu juga sudah berada di lokasi perkahwinan untuk menikahkan kedua-dua bakal mempelai tersebut.

Namun, ketentuan takdir menetapkan bahawa hari pernikahan tersebut menjadi hari penuh duka buat seluruh keluarga pengantin.

Memetik laporan Tribun Ambon, pengantin wanita itu sudah hampir selesai disolek untuk menjadi ratu sehari sebelum tiba-tiba pengsan.

Kerana tidak sedarkan diri, Allahyarhamah telah dibawa ke hospital terdekat dan disahkan meninggal dunia.

Keluarganya menyangka bahawa dia hanya akan pengsan sekejap sahaja dan kembali sedar namun jangkaan mereka meleset.

Menurut salah seorang sahabatnya, pengantin wanita itu masih dalam keadaan sihat semasa dimekap namun tiba-tiba mengadu keletihan dan terus tidur.

Sebelum pengsan dan meninggal dunia, pengantin wanita itu juga sempat meminta ibu saudaranya memakaikan cincin.

Allahyarhamah juga dilaporkan telah menyediakan kejutan hari jadi untuk bakal suaminya sehari selepas berkahwin.

Sumber: Tribun Ambon

Sofea

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa