Siakap Keli
Gambar Via The Financial Express

“Dia Tak Dapat Tanggung Aib,” Gadis 13 Tahun Dilapor Bunuh Diri Setelah Beberapa Jam Didakwa Dirogol

Seorang remaja perempuan di Bihar, India, dilaporkan telah membunuh diri beberapa jam selepas dia diperkosa oleh seorang lelaki tempatan, lapor Gulf News.

Kejadian itu berlaku di tengah-tengah kemarahan di seluruh negara itu akibat dari kematian seorang gadis yang didakwa dirogol beramai-ramai dan diseksa di daerah Hathras di Uttar Pradesh.

Memetik laporan Gulf News, polis mengatakan bahawa gadis berusia 13 tahun itu bersendirian di rumahnya pada Selasa ketika seorang lelaki menghampirinya dan mengatakan bahawa adik perempuannya ingin menemuinya. Dia tidak mengesyaki niat suspek kerana adik perempuannya itu merupakan rakan masa kecilnya.

Namun, apabila sampai di rumah rakannya itu, suspek mengurungnya dan didakwa memperkosanya. Suspek juga mengancam untuk membunuh gadis itu jika perbuatannya itu dilaporkan kepada sesiapa.

Selepas kejadian itu, mangsa jatuh sakit dan memberitahu ibu bapanya mengenai kejadian tersebut.

“Ketika kami kembali ke rumah dari balai polis, kami mendapati anak perempuan kami tergantung dari siling dengan bantuan selendang. Dia mengakhiri hidupnya kerana tidak dapat menanggung aib,” kata ibu bapanya.

Pihak polis telah mendaftarkan kes tersebut dan melancarkan serbuan untuk menangkap suspek.

Sumber: Gulfnews

Sofea

Iqra'.

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.