Kementerian Kewangan Malaysia pada hari ini telah mengemas kini harga runcit bagi produk petroleum untuk tempoh 3 Oktober sehingga 9 Oktober 2020.
Menerusi siaran media yang dikeluarkan melalui akaun Twitter rasminya, harga runcit bagi petrol RON97 naik sebanyak 3 sen seliter iaitu daripada RM1.98 seliter kepada RM2.01 seliter.
Harga runcit bagi petrol RON95 juga turut naik sebanyak 3 sen liter iaitu daripada RM1.68 seliter kepada RM1.71 seliter.
Sementara itu pula, harga runcit bagi minyak diesel turun sebanyak 1 sen seliter iaitu daripada RM1.71 seliter kepada RM1.70 seliter.
Harga Runcit Produk Petroleum Bagi Tempoh 3 Oktober 2020 Sehingga 9 Oktober 2020. pic.twitter.com/yaMomIapHZ
— Ministry of Finance🇲🇾 (@MOFmalaysia) October 2, 2020
Kementerian Kewangan Malaysia memaklumkan bahawa kesan perubahan harga minyak mentah dunia ini akan terus dipantau serta akan bersedia untuk mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus dipelihara.
Siaran Media Berkenaan Harga Runcit Produk Petroleum Bagi Tempoh 3 Oktober 2020 Sehingga 9 Oktober 2020. pic.twitter.com/z28niXhXeq
— Ministry of Finance🇲🇾 (@MOFmalaysia) October 2, 2020
Sumber: Ministry of Finance