Siakap Keli
Gambar: Daily Mail

(Video) Detik Cemas, Bayi Dalam Dakapan Ibu Didakwa Diculik Sebelum Ditemui Semula Di Landasan Kereta Api

Seorang bayi di Guatemala didakwa telah diculik di sebuah jalan yang sesak daripada dakapan ibunya, lapor Daily Mail.

Insiden penculikan itu dilaporkan berlaku di Zacapa, sekitar 70 batu dari ibu kota Guatemala City, pada 30 September.

Kamera CCTV yang terdapat di jalan tersebut berjaya memaparkan insiden yang mengejutkan itu.

Ketika kejadian, penculik tersebut dikatakan menunggunya di pinggir jalan bersama dengan motosikal yang digunakan untuk melarikan diri serta bayi tersebut.

Salah seorang penculik tersebut kemudiannya telah bertindak meluru ke arah wanita berkenaan seterusnya menculik bayi itu sementara rakannya bersiap sedia memecut motosikal yang digunakan mereka.

Ketika pergelutan itu berlaku, wanita berkenaan dilihat berusaha untuk mempertahankan bayinya daripada diculik, namun penculik tersebut dipercayai telah memukul serta menjatuhkannya.

Seekor anjing liar dapat dilihat berlari ke arah penculik tersebut dan tampak seakan cuba untuk menolong wanita malang berkenaan.

Menurut Daily Mail, polis pada semalam mengesahkan bahawa mereka telah berjaya menemui bayi berkenaan serta menyatukannya dengan ibu bapanya.

Bayi itu dikatakan ditinggalkan di stesen keretapi yang tidak digunakan sejurus selepas penculikan itu.

Motif lelaki tersebut menculik bayi tersebut dan kemudiannya meninggalkan masih tidak dapat dijelaskan.

Belum ada tangkapan yang dibuat, lapor Daily Mail.

Sumber: Daily Mail

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa