Siakap Keli
bas ustaz ebit lew
Gambar: Facebook Ustaz Ebit Lew

Ustaz Ebit Mohon Maaf, Terpaksa Tangguh Bas Percuma Bawa Pulang Pelajar Terkandas Sementara Waktu

Pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew sebentar tadi memohon maaf dan terpaksa menangguhkan sementara waktu khidmat 20 buah bas percuma kepada para pelajar yang terkandas di sebuah universiti, dipercayai sementara menanti kelulusan daripada pihak pentadbiran.

Semalam, beliau ada memuat naik satu perkongsian yang memaklumkan ramai pelajar menghubunginya untuk meminta bantuan bagi membantu pergerakan mereka yang terkandas dipercayai susulan penangguhan pendaftaran ke universiti secara bersemuka yang diumumkan kerajaan sebelum ini, selain pelaksanaan kelas secara online.

Beliau turut memuat naik beberapa keping gambar yang menunjukkan bas membawa pulang pelajar daripada UPSI ke pantai timur.

Selain itu, beliau turut berjanji untuk mengaturkan bas bagi membantu pelajar-pelajar yang terkandas di universiti-universiti lain.

Turut tular di media sosial hari ini adalah satu kenyataan media yang dimuat naik oleh Majlis Perwakilan Pelajar UPSI.

Melalui kenyataan media berkenaan, MPP UPSI menghargai usaha murni yang dilaksanakan oleh Ustaz Ebit Lew.

Bagaimanapun Ustaz Ebit perlu memastikan segala proses penghantaran pulang pelajar mematuhi SOP yang ditetapkan ketika negara berdepan dengan pandemik COVID-19.

Menurut kenyataan itu, usaha berkenaan perlu mendapatkan kebenaran daripada pihak pengurusan universiti terlebih dahulu yang secara langsung mendapat kebenaran daripada KPT dan MKN.

”UPSI amat terbuka dan mengalu-alukan mana-mana pihak yang ingin menghulurkan bantuan untuk Mahasiswa UPSI. Walaubagaimanapun, MPP UPSI berharap sekiranya ada pihak yang ingin berbuat demikian, patuhilah SOP yang ditetapkan untuk mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini berlaku”, kata kenyataan itu lagi.

Sumber: Ustaz Ebit Lew, MPP UPSI

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.