Siakap Keli
Gambar Via Bernama

Arab Saudi: Kumpulan Pertama Jemaah Mula Jalani Ibadah Umrah

RIYADH, 5 Okt  — Selepas enam bulan sekatan akhirnya pada Ahad jemaah mula menjalani ibadah Umrah di Mekah dengan langkah-langkah pencegahan ketat berikutan pandemik COVID-19, lapor agensi berita Xinhua.

Kumpulan jemaah pertama menunaikan Umrah di Mekah dengan langkah berjaga-jaga untuk mencegah penularan COVID-19, tulis Ketua Umum Hal Ehwal Masjidil Haram dan Masjid Nabawi di Twitternya.

Sejak Arab Saudi membuka semula proses permohonan menunaikan Umrah pada 27 September, sejumlah 108,041 permit dikeluarkan pada 1 Oktober, menurut Kementerian Haji dan Umrah.

Sebelum ini, Arab Saudi mengumumkan akan membenarkan semula ibadah Umrah secara bertahap mulai 4 Oktober.

Untuk membendung penularan COVID-19 pada 27 Februari, Arab Saudi menangguhkan kemasukan jemaah asing di Mekah dan Madinah.

Pada 4 Mac, kerajaan turut menangguhkan Umrah untuk rakyat dan penduduk Arab Saudi.

Arab Saudi melaporkan 390 kes baharu dalam 24 jam lalu, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 336,387, umum Kementerian Kesihatan pada Ahad.

— BERNAMA

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.