Siakap Keli
Gambar Via Gulf News

Berang Cucu Lahirkan Anak Dari Hubungan Terlarang, Moyang Didakwa Tikam Bayi 80 Kali Dan Humban Mayat Dalam Semak

Mayat seorang bayi berusia dua hari dilaporkan ditemui dalam semak samun di bandar Bhopal, Madhya Pradesh lapor Gulf News.

Pihak polis dilaporkan telah menangkap moyang kepada bayi itu atas tuduhan membunuh.

Media tempatan melaporkan bahawa ibu kepada bayi terbabit mengandung selepas melakukan hubungan yang terlarang dan melahirkan bayi itu.  Kerana takut pada tekanan sosial, datuknya telah membunuh bayinya yang baru dilahirkan itu.

Semasa mengesahkan kejadian itu, pegawai polis berkata bahawa datuk dan nenek wanita itu telah menikam bayi berusia dua hari tersebut menggunakan pisau dan menghumban mayat ke dalam semak samun.

Menurut media tempatan, polis pada awalnya menyangka bahawa beberapa haiwan pasti membunuh gadis itu. Pun begitu, laporan bedah siasat menyaksikan lebih dari 80 luka tikaman ditemui pada badan bayi itu.

Susulan itu, polis telah mengumpulkan maklumat dari hospital mengenai kanak-kanak perempuan yang dilahirkan dalam masa seminggu dan juga memeriksa rakaman semua kamera CCTV yang dipasang sejauh lima kilometer dari lokasi kejadian.

Menurut polis, kedua-duanya telah mengaku melakukan jenayah tersebut dan juga memaklumkan bahawa cucu mereka telah hamil pada Januari dipercayai setelah melakukan hubungan haram dengan seorang pemuda.

Sumber: Gulf News

Sofea

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa