Siakap Keli
Gambar Via Bernama

KKM Sahkan Seorang Individu Hadiri Mesyuarat Di JPM Pada 3 Oktober Positif COVID-19

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi Kenyataan Akhbar Ketua Pengarah Kesihatan memaklumkan pelaporan khusus satu kes COVID-19 pada hari ini.

Menurut kenyataan itu, seorang individu yang telah menghadiri satu mesyuarat di Jabatan Perdana Menteri pada 3 Oktober 2020 telah disahkan positif jangkitan COVID-19.

Pada ketika itu, memang beliau tidak mengalami sebarang gejala jangkitan COVID-19. Oleh yang demikian, kini beliau telah dimasukkan ke hospital untuk pengasingan, pemerhatian dan rawatan mengikut protokol sedia ada bagi kes disahkan positif COVID-19.

Pengesanan dan siasatan kontak kepada individu sedang dijalankan, termasuk saringan gejala dan pengambilan swab bagi pengesanan jangkitan COVID-19. Kontak rapat yang telah dikenal pasti telah diberikan Surat Perintah Pengawasan Dan Pemerhatian Di Rumah (HSO) selama 14 hari dari tarikh akhir pendedahan (kontak).

Sehubungan itu semua yang hadir ke mesyuarat tersebut telah menjalani saringan kesihatan hari ini serta sampel telah diambil untuk ujian pengesanan jangkitan COVID-19.  Mereka yang dikenalpasti kontak rapat semasa mesyuarat telah diberikan HSO selama 14 hari dari tarikh 3 Oktober 2020 dan dipakaikan gelang pengawasan. Manakala ahli mesyuarat yang lain pula yang bukan merupakan kontak rapat dikehendaki memantau status kesihatan kendiri (self-health monitoring) di rumah setiap hari selama 14 hari dengan menggunakan home assessment tool (HAT) dalam aplikasi MySejahtera. Mereka telah dinasihatkan untuk segera mendapatkan rawatan di fasiliti kesihatan berhampiran sekiranya mengalami gejala semasa dalam tempoh pemantauan tersebut.

Kenyataan Akhbar KPK 5 Oktober 2020 – Pelaporan Khusus Satu Kes COVID-19Kementerian Kesihatan Malaysia ingin…

Posted by Noor Hisham Abdullah on Monday, October 5, 2020

Sumber: Kp Kesihatan

Sofea

Iqra'.

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.