Siakap Keli

Ismail Sabri Negatif COVID-19, Sidang Khas MKN Diteruskan Setiap Hari Secara Sidang Video

PUTRAJAYA, 7 Okt – Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan keputusan saringan COVID-19 dirinya adalah negatif.

Dalam pada itu jelasnya, Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan diteruskan setiap hari secara sidang video.

“Ini menunjukkan bahawa kerajaan sangat prihatin terhadap situasi COVID-19 dalam negara,” katanya dalam sidang media mengenai perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) hari ini.

Ismail berkata demikian secara sidang video dari rumah ketika sedang menjalani tempoh kuarantin 14 hari.

Sumber: Kementerian Pertahanan Malaysia

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.