Siakap Keli

(Video) PlayStation Muatnaik Video ‘Bedah’ PS5 Untuk Anda Lihat ‘Isi Perutnya’ Dengan Lebih Dekat

Sebentar tadi saluran Youtube PlayStation memuatnaik sebuah video yang bertajuk “PS5 Teardown: An up-close and personal look at the console hardware” di mana dalam video itu Yasuhiro Ootori selaku Naib Presiden, Bahagian Rekaan Mekanikal, Sony Interactive Entertainment telah ‘membedah’ konsol permainan terbaharu dari Sony iaitu PlayStation 5.

Ini kali pertama PlayStation diperlihatkan dalam keadaan lebih dekat dan terperinci. Yasuhiro membuka dan menunjukkan kepada penonton setiap sudut dan inci badan PlayStation 5 yang dinantikan-nantikan di seluruh dunia.

Video berdurasi 7 minit 11 saat itu telah mencatat lebih 400 ribu tontonan walaupun baru satu jam dimuatnaik dan video ini dalam bahasa Jepun. Anda boleh aktikkan sarikata untuk sarikata bahasa Inggeris.

Sony telah mengumumkan harga untuk pasaran Amerika Syarikat, Eropah dan Jepun. PS5 dijangka dilancarkan di Malaysia secara rasmi pada 19 November 2020.

Sumber: PlayStation

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)