Siakap Keli
Gambar: Mohd Sanusi

Tadah Air Hujan Untuk Kegunaan Alternatif, Lelaki Kongsi Proses Bina “Rainwater Harvesting System”, Siap Jadi Kolam Renang Lagi

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Sesetengah tempat di negara kita boleh dikatakan agak kerap mengalami masalah gangguan bekalan air, sama ada sumber air tercemar mahupun faktor cuaca kemarau.

Oleh itu, salah satu inisiatif yang ada bagi membantu sumber air ketika masalah tersebut berlaku adalah tadahan air hujan di kediaman.

Mungkin yang kita tahu, kebanyakan rumah hanya menggunakan tangki biasa bersaiz besar untuk menakung hujan, kemudian air itu akan disimpan sebagai stok.

Namun, individu bernama Mohd Sanusi ini berkongsi tentang Rainwater Harvesting System (RWHS) yang dibina di rumahnya sendiri.

Menariknya, tangki tadahan air hujan ini menggunakan sistem yang lebih canggih dan air hujan yang ditadah diyakini bersih serta boleh digunakan terus.

Ikuti perkongsiannya di laman Facebook seperti di bawah ini.

Gambar: Mohd Sanusi

Beberapa hari lepas hangat dengan isu Rainwater Harvesting System (RWHS) sempena masalah bekalan air yang semakin kritikal di Malaysia ini.

RWHS ni adalah salah satu minat Pokcik. Mungkin sebab dibesarkan dalam keluarga yang suka simpan air hujan.

Ayah Pokcik awal-awal lagi dah pesan bina rumah nanti wajib buat tangki tadahan hujan.

Pokcik share sikit gambar-gambar pembinaan RWHS, filtering system dan aplikasi.

Kos pembinaan tak besar sebab sendiri design dan beli barang pastu upah tukang.

Kolam mandi tu juga berfungsi untuk stokkan air hujan, bukan untuk tujuan rekreasi semata-mata. Total volume takungan lebih kurang 50,000 liter air.

Dengan adanya simpanan air hujan inilah Pokcik dapat siram tanaman, cuci reban ayam dan kandang kambing, isi kolam mandi, bersihkan longkang, cuci lantai dan macam-macam lagi.

Simpanan air hujan ini juga dapat disalurkan ke dalam rumah iaitu ke dapur dan bilik-bilik air jika diperlukan. Tapi belum pernah terjadi lagi keperluan ni.

Berikut adalah turutan proses pembinaan RWHS:-

Gambar: Mohd Sanusi

Macam agak dekat dengan rumah tapi confident sebab ground beam & footing rumah padu & overspec.

Gambar: Mohd Sanusi

Ready-mix concrete gred 30.

Gambar: Mohd Sanusi
Gambar: Mohd Sanusi
Gambar: Mohd Sanusi
Gambar: Mohd Sanusi
Gambar: Mohd Sanusi
Gambar: Mohd Sanusi
Gambar: Mohd Sanusi
Gambar: Mohd Sanusi
Gambar: Mohd Sanusi

Proses waterproofing.

Gambar: Mohd Sanusi
Gambar: Mohd Sanusi
Gambar: Mohd Sanusi
Gambar: Mohd Sanusi

Syok woo tengok air hujan masuk tangki…

Gambar: Mohd Sanusi

Jelas Sanusi, walaupun tangki ini bertutup namun ia ada manhole. Boleh masuk ke dalam untuk buat kerja-kerja pembersihan dan penyelenggaraan.

Gambar: Mohd Sanusi

Perasan tak, penapis kecil itu dibalut. Kata Sanusi, kulat hijau akan tumbuh jika tidak dibalut.

Kalau balut, senang nak selak-selak tengok keadaan filter. Kalau cat, nak kena bukak tabung tu dulu baru nampak dalam. Leceh pada saya,” katanya di ruangan komen.

Gambar: Mohd Sanusi
Gambar: Mohd Sanusi

Filtration system. Pakai sand filter, UV light & klorin.

Gambar: Mohd Sanusi

Ni totally pakai air hujan terawat je.. Air bersih, jernih dan biru juga.

Berdasarkan keterangannya, penggunaan klorin dalam air terawat ini bergantung pada keadaan.

“Kadang-kadang saya tak letak klorin pun sebab UV filter masih mampu bunuh microbes termasuk algae. Tapi kalau ada tanda-tanda air mula nak hijau, dah kena letak klorin,” katanya.

Gambar: Mohd Sanusi
Gambar: Mohd Sanusi
Gambar: Mohd Sanusi

Sistem fertigasi & hidroponik sambung direct dengan tangki hujan.

Gambar: Mohd Sanusi

Pasang waterjet terus tepi tangki hujan… Senang nak cuci reban, kandang, kaki lima, porch etc.

Gambar: Mohd Sanusi

RHS rumah ayah. Tangki 1. Dah lebih 30 tahun dah tangki ni.

Gambar: Mohd Sanusi

RHS rumah ayah. Tangki 2.

Gambar: Mohd Sanusi

Difahamkan, kos bagi pembinaan kolam sahaja termasuk tile, sistem dan filter adalah beranggaran sekitar RM13,000 ke RM14,000.

Sumber: محمد سنوسي 

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.