Siakap Keli
Gambar: Google

Trump Umum Bakal Bawa Pulang Semua Tentera AS Di Afghanistan Sebelum Krismas

Presiden Amerika Syarikat, Donald J. Trump dilaporkan mengumumkan untuk menarik semula tentera AS yang berbaki di Afghanistan sebelum Krismas hadapan.

Berdasarkan ciapannya di Twitter sebentar tadi, Trump berkata, “Kita perlu para lelaki dan wanita kita yang berani yang masih berbaki di Afghanistan untuk pulang menjelang Krismas!”

Menurut Forbes, gerakan itu dipercayai bakal dilaksanakan dengan syarat Taliban memenuhi syarat perjanjian damai yang dicapai pada Februari lalu.

Jabatan Pertahanan AS baru-baru ini dilaporkan mengurangkan jumlah angkatan tentera AS di Afghanistan dan bakal menarik semula tentera secara keseluruhan menjelang Mei 2021.

Kurang daripada 9,000 tentera AS dipercayai masih berada di Afghanistan di mana jumlah itu dijangka berkurang kepada 5,000 pada hujung November.

Sekitar tahun 2010 dan 2011, seramai 100,000 tentera AS dilaporkan berada di negara bergolak itu. Angka itu menurun sejak penggal kedua kepimpinan Presiden Barack Obama dan terus berkurang di bawah pentadbiran Trump.

Tentera Amerika dilaporkan memasuki Afghanistan tidak lama selepas kejadian serangan 9/11 pada 2001, menjadikannya konflik bersenjata terpanjang dalam sejarah AS.

Sumber: Forbes, Donald J. Trump

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.