Siakap Keli

Popular Di Seluruh Dunia, Kenali Sarim Akhtar, Lelaki Jadi ‘Meme’ Dengan Wajah Kecewa Dan Kisah Disebaliknya

Sebagai pengguna media sosial, anda pasti tahu mengenai kewujudan ‘meme’ yang kebiasaannya akan memenuhi ruangan komen.

Ia juga kebiasaannya bersifat lucu dan akan disebarkan oleh pengguna media sosial dengan cepat.

Dalam senarai himpunan ‘meme’ yang ada, warganet di seluruh dunia pasti akan menggunakan ‘meme’ lelaki ini yang bercekak pinggang dengan wajah yang kecewa.

Bagi yang masih tak tahu, lelaki itu dikenali sebagai Muhammad Sarim Akhtar yang berasal dari Pakistan. Gambarnya telah tular pada tahun 2019 dan menjadi sumber ‘bahan’ ketawa dalam kalangan warganet.

Reaksi ‘epik’ Sarim itu berlaku di perlawanan Piala Dunia kriket yang menyaksikan Pakistan menentang Australia pada tahun 2019.

Ekspresi Sarim yang ‘kecewa’ itu sempat dirakam oleh penyiar televisyen  negara itu sehingga menjadi tular dalam kalangan warganet.

Memetik laporan Republicworld.com, Sarim Akhtar yang tinggal di London menjelaskan mengenai cerita sebenar di sebalik ekspresi ikoniknya itu.

Menurutnya, dia tidak senang apabila melihat pasukan kriket Pakistan tidak berjaya menangkap bola sehingga menimbulkan ekspresi ‘kecewa’ namun lucu.

Digelar sebagai ‘angry Pakistan fan’, Sarim menjadi terkenal hingga ada sesetengah peminat yang lain memakai baju yang memaparkan wajahnya.

Sumber: Republicworld.com

Sofea

There's always another side to every story