Siakap Keli

KKM Mohon JPA & Menteri Kewangan Untuk Lantik Secara Kontrak 1,899 Petugas Kesihatan Libatkan 6 Jawatan

Kementerian Kesihatan Malaysia hari ini melaporkan telah menghantar permohonan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam dan Menteri Kewangan untuk melantik secara kontrak seramai 1,899 petugas kesihatan bagi tujuan menyokong perkhidmatan kesihatan dalam tempoh penularan wabak Covid-19.

Petugas kesihatan sokongan tambahan yang dipohon ialah:

  1. Pegawai Penyelidik
  2. Jururawat
  3. Penolong Pegawai Perubatan
  4. Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran
  5. Juruteknologi Makmal Perubatan
  6. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi dan Kewangan)

Permohonan tersebut telah dihantar pada 9 Oktober yang lepas (Jumaat). Selain ditempatkan di fasiliti kesihatan KKM, mereka juga akan ditempatkan di stesen-stesen kuarantin sekuruh negara dan PMA spt KLIA agar urusan keluar masuk antarabangsa lebih lancar dan berkesan, katanya.

 

 

 

Sumber: KKM

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)