Siakap Keli

Pihak Istana Negara Belanja Pihak Media Makan Sambil Tunggu Ketibaan Anwar Ibrahim

Hari ini, Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim dijangka mengadap Yang Di-pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah.

Ramai pengamal media berkampung di depan pintu Istana untuk mendapat perkembangan terkini berkenaan perkara tersebut. Menurut laporan Bernama sebentar tadi, pihak Istana Negara menyampaikan makanan kepada pihak media yang menantikan kehadiran Ketua Pembangkang itu.

Anwar Ibrahim sebelum ini mendakwa dalam satu sidang media bahawa beliau memiliki majoriti sokongan ahli parlimen untuk membentuk kerajaan baharu bagi menggantikan kerajaan sekarang yang dipimpin Tan Sri Muhyiddin Yasiin.

Sumber: Bernama

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)