Siakap Keli

“Saya Orang Tua, Tergaru-garu Kepala Bila Sebut Lock”, Ismail Sabri Terhibur Komen Netizen Pakat “Bid” Di Live MKN

Semalam, meriah betul komen-komen netizen di siaran langsung Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Mana taknya, Ismail Sabri atau lebih mesra dipanggil Pak Long sedang fokus di depan kamera, tapi mata netizen lebih tertarik ke kabinet di belakangnya.

Ada keris, tengkolok, bola futsal, helmet malah corak bajunya yang petaknya tidak selari pun netizen perasan.

Daripada sidang media rasmi kerajaan, dah bertukar macam live kedai bundle pula.

Bagaimanapun, Pak Long tidak marah pun, malah steady lagi bergurau dengan netizen mengenai komen-komen kelakar tersebut.

BACA: “Lock Helmet Datuk, RM 100…” Meriah Komen Netizen Bergurau, Sidang Media Ismail Sabri ‘Bertukar’ Jadi Macam “Live” Bundle

Pak Long tak faham ‘lock’

Hari ini, Pak Long menulis di laman Instagramnya dan mengaku bahawa beliau sebenarnya tidak faham apa maksud ‘lock’.

Katanya, selepas bertanya dengan kawan barulah beliau faham. Bida rupanya..

 

Helmet Dafi dah ‘sold out’

Semalam, bukan main meriah lagi netizen nak bida barang-barang di kabinet Pak Long, termasuklah sebuah helmet yang kelihatan sungguh bergaya tu.

Hari ini, apa yang mereka rebutkan sudah pun tiada.

Helmet yang didakwa kepunyaan Dafi itu kelihatan tiada lagi di kabinet tersebut, maka ramailah netizen yang membuat kesimpulan bahawa ianya sudah di’lock’.

 

Macam-macam hal betullah netizen kita ni. Pak Long bukan main serius bentangkan laporan harian perkembangan terkini PKPP, boleh pulak sakan bergurau ya.

Betullah apa orang cakap, netizen Malaysia jarang tak kelakar.

Sumber: Instagram Ismail Sabri

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'