Siakap Keli

(Video) Tak Payah Guna Parang, Abang Ni Ajar Cara Buka Lemang Pakai Tangan Kosong Je

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Lemang merupakan salah satu makanan tradisi masyarakat Melayu, lebih-lebih lagi ia menjadi juadah utama yang wajib pada pagi hari raya.

Bagi siapa yang biasa ‘bergelumang’ dengan lemang bermula daripada peringkat mencari buluh terbaik di hutan sehinggalah ke proses memasaknya, pasti tahu banyak perkara mengenainya.

Mungkin kita sedia maklum, biasanya cara nak buka lemang adalah dengan membelahnya dengan menggunakan parang.

Tapi tahukah anda, rupa-rupanya hanya gunakan tangan sahaja pun boleh. Percaya tak?

Mari tonton video tutorial bagaimana mahu membuka lemang menggunakan tangan kosong seperti yang dilakukan oleh Mohammad Faeez Harith ini.

Sumber: Mohammad Faeez Harith

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'