Siakap Keli
Gambar: Daily Mail

(Video) Wanita Belasah Lelaki ‘Pervert’ Dan Tendang Sampai Jatuh Selepas Dipercayai Kena Cabul

Tindakan seorang wanita membelasah seorang lelaki ‘gatal’ yang dipercayai mencabulinya di sebuah jalan di China telah mendapat pujian daripada pihak berkuasa, lapor Daily Mail.

Wanita yang terdapat dalam rakaman CCTV itu telah memukul serta menendang suspek sehingga jatuh selepas dia didakwa menyentuh ‘kawasan peribadi’ mangsa ketika di siang hari.

Polis dilaporkan telah menahan suspek yang berusia 48 tahun itu dan meletakkannya dalam tahanan selama 15 hari bagi menyiasat insiden yang berlaku pada hari Sabtu di Yichang, wilayah Hubei, China.

Suspek telah ditahan selama 10 hari pada akhir September kerana melakukan serangan seksual terhadap wanita, kata polis Yichang dalam satu kenyataan di media sosial. Dia akan didakwa secara rasmi pada hari Isnin.

Kejadian itu mula diketahui pihak polis selepas menerima satu laporan daripada wanita tersebut dan seorang lagi wanita tanpa nama. Kedua-dua mereka mendakwa bahawa telah dicabul pada 10 Oktober.

Suspek mula mendekati mangsa pertamanya dengan mengikutinya lalu cuba menyentuh ‘kawasan peribadinya’.

Selepas menyedari bahawa diri telah disentuh, wanita itu mula menjerit dan memukul suspek, kata polis.

Lelaki tersebut dikatakan tinggal di kawasan sekitar dan berusaha untuk menyerang seorang lagi wanita yang sedang berjalan di kawasan itu.

Wanita itu segera mengeluarkan telefon bimbitnya untuk merakam wajah suspek semasa dia menyedari kelibat suspek berkenaan, tambah pegawai.

Kamera CCTV berjaya merakam detik-detik ketika wanita itu menyerang dan memukul lelaki itu selepas lelaki tersebut menepis telefon bimbit yang dipegang wanita berkenaan.

Wanita itu kemudiannya berlari ke arah suspek itu dan menendangnya sehingga jatuh semasa dia cuba beredar daripada kawasan tersebut.

Selepas menerima laporan daripada mangsa, pihak berkuasa tempatan segera melancarkan siasatan dan berjaya menangkap lelaki itu pada hari yang sama.

Lelaki berusia 48 tahun itu telah ditahan selama 15 hari berikutan kejadian yang berlaku pada hari Ahad, kata polis.

Pegawai polis tersebut juga memuji tindakan kedua-dua wanita itu atas tindakan pantas yang diambil dalam melaporkan insiden terbabit.

Sumber: Daily Mail

Aqmal Ezany

I write what is right