Siakap Keli

Team Solar Ini Pasang Pengecas USB Percuma Untuk Orang Ramai Di Perhentian Bas Di Cheras

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Pemasangan tenaga solar di sesuatu tempat adalah untuk menyokong pendekataan teknologi hijau di negara kita. Jadi, pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah menjalankan beberapa inisiatif secara usaha sama pintar bagi menyediakan kemudahan menggunakan sistem solar. Terutamanya pada hentian bas.

Seperti perkongsian daripada seorang pengasas Suncrox Solar melalui laman Facebooknya yang bernama Ooex Shahiwan berkata pemasangan tenaga solar ini di sebuah hentian bus di Cheras sangat membantu individu terutamanya buat ‘rider’ penghantar makanan.

Apa yang istimewanya, bukan sahaja memasangan tenaga solar tetapi mereka juga mengambil inisiatif untukĀ  menyediakan juga satu pengecas USB untuk pengguna.

Semalam bertukang di kemudahan awam; hentian bas dan teksi Jalan San Peng. Alhamdullilah stesen-stesen ini dah disolarkan untuk lampu. Yang menariknya kita sediakan juga pengecas USB untuk pengguna mengecas telefon dan peranti lain.

“Rasa puas bila dapat pasang solar untuk manfaat bersama…”

Tengah buat kerja ada abang Rider Lalamove datang berhenti rehat main telefon. Bagitahu dan tunjukkan abang tu sekarang boleh cas kat Bus Stop ni, kalau telefon dan power bank dah tak bernyawa. Rasa puas bila dapat pasang solar untuk manfaat bersama. Kita doakan dapatlah bertahan lama kemudahan ini terutama dari tangan-tangan anasir vandalisme.

Agak-agak kalau kita letak Wireless Charger Deck tu, efektif dan praktikal tak? Cuma masih tak jelas banyak mana, pengguna telefon yang boleh wireless charging ni.

 

Sumber: Ooex Shahiwan

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang