Siakap Keli

(Video) Tular Rakaman Polis Diseret Hampir 400 Meter Sambil Berpaut Pada Bonet Kereta Di India

INDIA: Percubaan seorang anggota polis trafik untuk menghentikan sebuah kereta akhirnya diseret sejauh hampir 400 meter sambil berpaut pada bonet kenderaan tersebut di Delhi, India, pada 12 Oktober.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang kini menjadi viral dalam media sosial, menunjukkan polis berpaut pada kereta sebelum jatuh di jalan raya, polis tersebut hampir kehilangan kakinya ketika kejadian itu berlaku.

Menurut laporan tempatan, pemandu tersebut merupakan seorang pelajar dan sebelum ini pemandu itu pernah ditahan atas tuduhan cubaan membunuh.

Dikatakan, remaja itu cuba untuk melarikan diri setelah melihat pihak polis.

Polis yang berada di tempat kejadian telah memberi isyarat kepada pemandu itu untuk memberhentikan kenderaannya, namun sebaliknya berlaku, cuba melarikan diri daripada polis tersebut.

Menurut laporan tempatan juga, punca daripada cubaan melarikan diri itu adalah kerana pemandu itu tidak mempunyai lesen memandu.

Salah seorang anggota polis berusaha untuk memberhentikan kenderaan itu dengan berpaut pada bonet kenderaan tersebut sejauh 400 meter sebelum pegawai itu jatuh di tengah jalan.

Pegawai itu, Mahipal Singh Yadav mengalami kecederaan setelah ianya jatuh daripada bonet kereta itu.

Pemandu itu cuba melarikan diri, tetapi ditangkap oleh orang awam dan anggota polis trafik lain, yang terpaksa mengejarnya sejauh hampir satu kilometer. Dia dikenali dengan nama pertamanya, Shubham, seorang penduduk di daerah Uttam Nagar di Delhi.

Sumber: gulfnews

Alfi Aiman