Siakap Keli
FOTO: TUDM

(Video) Visual Isi Minyak Di Udara Libatkan Aset TUDM, Pesawat Angkut A400M & Pesawat Pejuang F/A-18D

Mungkin ramai yang tidak pernah berkesempatan melihat bagaimama keadaan sesebuah pesawat mengisi minyak di atas ruangan udara. Ya, imaginasi waktu kita kecil bukanlah kosong sahaja, memang ada pesawat yang akan mengisi minyak di udara.

Salah satu contoh yang tunjukkan menerusi laman Twitter Tentera Udara Diraja Malaysia berkongsi video aksi dua pesawat iaitu pesawat angkut A400M dan pesawat pejuang F/A-18D.

Kepekatan malam di ruang udara tidak menghalang para wira angkasa melaksanakan tugasan yang dipertanggungjawabkan demi mencapai objektif yang ditetapkan.

Inilah visual pengisian minyak di udara (Air-to-Air Refuelling) yang melibatkan pesawat angkut A400M dan pesawat pejuang F/A-18D.

 

Sumber: TUDM

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang