Siakap Keli

“Makeshift Hospital” Lengkap Dengan Kemudahan Fasiliti ICU

Seperti yang sedia maklum, pasukan KKM dan ATM telah berkerjasama menubuhkan ‘Makeshift Hospital’ dalam fasiliti penjara pokok sena bagi memudahkan pihak yang berkenaan memerangi wabak COVID-19 yang semakin menular.

Di Twitter Dato’ Sri Dr Adham Baba menjelaskan dengan lebih terperinci berkaitan dengan perkara tersebut. Menurut beliau, ‘Makeshift Hospital’ tersebut mempunyai kemudahan lengkap dengan kategori 3 dan 4 yang mempunyai fasiliti ICU bagi pesakit yang memerlukan bantuan oksigen sebelum mereka di hantar ke Hospital Tuanku Sultanah Bahiyah, Alor Setar.

Menurutnya lagi, selain mampu menempatkan seramai 250 orang pesakit dalam satu masa, ia juga mampu menempatkan pesakit dari penjara-penjara yang berada di sekitar Kedah. Tambah beliau, KKM akan terus berusaha bagi memastikan keselamatan rakyat akan sentiasa menjadi keutamaan melalui pelbagai inisiatif dan bantuan.

KKM akan terus menjalinkan kerjasama yang strategik dengan pelbagai pihak jika ianya akan memberikan impak yang positif  kepada kesejahteraan rakyat dalam apa jua aspek.

Sumber- Twitter Dr Adham Baba

Faiz Mustafa