TERKINI: PKPD Dilaksanakan Di Kg. Saguking Laut & Kg Sebur Baru Di Labuan Bermula Tengah Malam Ini

PUTRAJAYA, 20 Okt – Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dilaksanakan di Kampung Saguking Laut dan Kampung Sebur Baru di Wilayah Persekutuan Labuan bermula tengah malam ini sehingga 3 Nov ini.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia berikutan berlaku peningkatan kes positif COVID-19 di kampung air berkenaan.

“PKPD yang melibatkan 8,062 individu ini bertujuan bagi membolehkan pergerakan keluar masuk dapat dikawal dan juga untuk memudahkan kerja-kerja saringan yang akan dibuat Kementerian Kesihatan (KKM).

“Kawasan keselamatan akan dikawal oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Pertahanan Awam Malaysia (APMM) dan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM),” katanya dalam sidang media perkembangan PKP Pemulihan (PKPP) hari ini.

Dalam pada itu, kebajikan penduduk akan diuruskan oleh pihak berkuasa tempatan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Maklumat lanjut menyusul.

Sumber: RTM

Denin

Menulis untuk mendidik.

Editor: Denin

Tambah komen