Siakap Keli
Kredit: Makassar_Iinfo

(Video) Selamba ‘Lepak’ Atas Tilam, Tular Video Lembu Masuk Bilik Buat Ramai Terhibur

Baru-baru ini, seekor lembu mendapat perhatian warga maya apabila gelagatnya berehat di atas tilam dalam sebuah bilik menjadi tular.

Dalam kejadian dipercayai berlaku di Indonesia itu, kelihatan seekor lembu berwarna coklat sedang selesa berehat di atas sebuah tilam sebelum didatangi penghuni rumah berkenaan.

Haiwan itu kemudiannya bingkas bangun sebaik sahaja dihalau keluar oleh seorang individu berbaju hitam.

Menurut Kompas.com, lembu itu dikenali sebagai Pedro oleh penduduk di Dusun Dermo Merdikorejo, Yogyakarta.

“Si Pedro itu anak lembu yang patuh dengan orang. Dia memang suka masuk rumah,” kata pemiliknya, Novitasari, 28, kepada portal itu.

Katanya, ketika kejadian pada Sabtu itu, mereka sekeluarga sedang berada di hadapan rumah manakala pintu dapur rumahnya tidak tertutup rapat. Hal ini membolehkan lembu tersebut masuk ke dalam rumah mereka.

Ujar Novi, sebaik sahaja mereka semua masuk, kesemuanya terkesima melihat Pedro yang sudah tidur di dalam bilik.

“Biasanya tidak sampai tidur. Hanya melihat bilik saja kalau masuk rumah. Mungkin Si Pedro rasa seronok di katil empuk saya,” katanya lagi.

Haiwan itu dikatakan pernah masuk ke dalam rumah, namun tidak pernah mengotori rumah mereka dengan air kencing mahupun najis, melainkan kesan tapak kakinya.

Ketika diusir, lembu itu dikatakan tidak berlari, sebaliknya hanya berjalan santai keluar bilik.

“Biasanya biarkan sahaja. Kadang teman saya di belakang rumah masak air,” kongsi Novi yang memelihara lapan ekor lembu kesemuanya.

Sumber: Official Makassar, Kompas.com

Amira

Love yourself.