Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Pernah tak anda berjalan di tempat letak kereta, tekan butang 'unlock' berkali-kali tetapi masih tak jumpa kereta sendiri?
Situasi itu nampaknya bukan lagi pengalaman terpencil, sebaliknya menjadi perkara biasa dalam kalangan pemilik kenderaan di Malaysia apabila semakin banyak kereta menggunakan warna yang sama, khususnya putih, merah dan kelabu.
Perkara itu menjadi bualan hangat di Threads apabila seorang pengguna, @syhdahmd._, berkongsi keterujaannya selepas melihat deretan kereta dengan warna yang seragam.
"omg i've always wished to see this once in a lifetime."
Hantaran itu kemudian menerima pelbagai reaksi daripada pengguna lain yang turut berkongsi pengalaman hampir sama.
Pengguna @_kimbapq misalnya memuat naik gambar beberapa buah kereta yang disusun sebaris dengan kombinasi warna merah dan putih.
"Merah putih la tapi."
Sementara itu, @izhamnaq1u pula berkongsi gambar deretan Perodua Bezza berwarna merah ceri yang diparkir bersebelahan sehingga disamakan dengan sebuah pusat pameran kereta.
"Pernah weh, dah macam showroom Perodua."
Seorang lagi pengguna, @maddunicornn, mengakui dia pernah mengalami kesukaran mencari kenderaannya sendiri apabila lebih lima buah kereta dengan warna yang sama diparkir berdekatan.

"Parking IOI including my car hampir tak jumpa kereta sendiri."
Ruangan komen turut dipenuhi pelbagai gambar dan pengalaman netizen yang berdepan situasi sama, malah ada yang berseloroh mengatakan mereka terpaksa melihat nombor pendaftaran satu demi satu kerana rupa dan warna kereta terlalu seiras.
Fenomena itu sebenarnya bukan sesuatu yang mengejutkan.
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kebanyakan pembeli kereta di Malaysia, khususnya dalam kalangan Gen Z dan milenial, cenderung memilih warna popular seperti putih, merah, kelabu dan hitam.
Selain kelihatan moden dan mempunyai nilai jualan semula yang lebih baik, warna-warna tersebut juga sering menjadi pilihan utama pembeli ketika membuat tempahan.
Disebabkan permintaan yang tinggi terhadap warna tertentu, pengeluar dan pengedar kenderaan biasanya menghasilkan lebih banyak unit bagi warna berkenaan berbanding pilihan lain.
Bagaimanapun, permintaan yang tinggi itu turut menyebabkan sesetengah model dan warna tertentu mempunyai tempoh menunggu yang lebih lama sebelum dapat diserahkan kepada pembeli.
Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan