Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

‘Patutlah Rasa Lain’ Gurauan Nasi Goreng Kampung Di Mamak Buat Ramai Terhibur

mamak
Gambar hiasan. Kredit: MyResipi

‘Patutlah Rasa Lain’ Gurauan Nasi Goreng Kampung Di Mamak Buat Ramai Terhibur

‘Nasi goreng kampung’ mungkin antara menu paling biasa ditemui di restoran mamak. Namun, siapa sangka satu gurauan ringkas mengenai hidangan itu berjaya mencuit hati ribuan netizen apabila masing-masing berkongsi pengalaman lucu memesan makanan kegemaran mereka.

Perbualan santai itu bermula selepas seorang pengguna Threads, @afizahharis, berkongsi pengalaman yang mengundang gelak tawa ramai.

"Kesilapan aku order nasi goreng kampung kat mamak, dia masak ikut kampung dia, bukan kampung aku," katanya dalam satu hantaran di Threads semalam.

Hantaran tersebut bukan sahaja menerima pelbagai reaksi, malah turut menarik perhatian Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza atau @ctdk, yang tidak melepaskan peluang menyakat dengan gurauan tersendiri.

Menurutnya, jika difikirkan semula, memang ada logiknya nama menu tersebut.

"Hahahahahahah ye tak ye jugak. Bayangkan kena bagitau nasi goreng kampung Kuala Lipis, puaslah mamak nak fikir Lipis kat mana wey," ujarnya berseloroh.

Dalam pada itu, seorang lagi pengguna, @amir_farhan360, berkata pengalaman makan di restoran mamak moden pula memberikan perspektif berbeza.

"Ada juga mamak masak. Diorang nasi ke, maggie ke, mee rasa lebih kurang je. Tapi mamak moden kadang-kadang ada tiga dapur. Yang depan macam dapur utama, belakang untuk 'backup', tepi pula ada masakan tomyam dan western.

"Yang ni aku approve. Cuma dapur tepi buka jam 3 petang sampai 2 pagi," katanya.

Sementara itu, @syuehennaaa_henna turut berkongsi pengalaman lucunya apabila menerima hidangan berbeza daripada yang dipesan menerusi aplikasi penghantaran makanan.

Menurutnya, dia sengaja memilih nasi goreng daging Thai kerana mengetahui hidangan itu dimasak oleh tukang masak warga Thailand.

"Penah 'food delivery' kedai mamak juga, ada pilihan nak nasi goreng mamak atau Thai. Saya pilih nasi goreng daging Thai sebab tahu situ sedap, ada orang Thai masak.

"Tapi yang sampai nasi goreng daging mamak! Dia ingat kita tak boleh detect kot bau mamak tu. Hahahaha... eee menyirap," katanya.

Walaupun sekadar gurauan, perbualan santai itu berjaya menghiburkan ramai dan sekali lagi membuktikan bahawa perkara paling biasa dalam kehidupan seharian pun mampu menjadi bahan jenaka yang menceriakan media sosial.