Siakap Keli
Gambar Via NDTV/bignewsnetwork.com

(Video) Letupan Bangunan Gegar Karachi Di Pakistan, Sekurang-kurangnya 3 Maut Dilaporkan Setakat Ini

Sekurang-kurangnya tiga orang telah dilaporkan terkorban dan 15 yang lain cedera dalam satu kejadian letupan di Maskan Chowrangi di kawasan Gulshan-i- Iqbal Karachi pada hari ini, lapor Times Of India.

Semua mayat dan mangsa yang mengalami kecederaan telah dibawa ke hospital Patel.

Gambar Via bignewsnetwork.com

Polis Mubina Town mengatakan punca letupan masih belum dapat dikenalpasti namun menjelaskan ia ‘seolah-olah letupan silinder’. Pasukan pelupusan bom juga tiba di tempat kejadian untuk mengesahkan punca letupan.

Letupan tersebut disyaki berlaku di tingkat dua sebuah bangunan. Terdapat saksi yang melaporkan bahawa tingkap-tingkap dan juga kenderaan berhampiran bangunan itu musnah.

Gambar Via NDTV

Dalam pada itu, lima orang dilaporkan mengalami kecederaan apabila berlakunya letupan bom di pintu masuk terminal bas berhampiran Sheerin Jinnah Colony semalam.

Sumber: Times of India

Sofea

There's always another side to every story