Siakap Keli
Gambar: @AnimalsWorld

(Video) Mungkin Kecewa Mainan Diambil, Gelagat Panda ‘Marah’ Seakan Merajuk Sambil Gulingkan Badan Tarik Perhatian

Beruang panda adalah seekor haiwan yang pastinya dapat membuatkan ramai orang geram dengan kecomelan rupa parasnya.

Setiap beruang panda juga memiliki sifatnya yang tersendiri. Seperti yang dikongsikan oleh akaun Twitter @AnimalsWorld ini, gelagat seekor panda yang tampak seakan kecewa apabila mainannya diambil telah menjadi tular di media sosial.

Video tersebut memaparkan seorang petugas zoo membawa lari mainan panda tersebut sambil diekori dengan seekor panda di dalam zoo itu.

Disebabkan oleh itu, panda tersebut tampak seolah-olah kecewa lalu bertindak bergolek-golek bagi menunjukkan perasaan kekecewaannya itu kepada petugas zoo berkenaan.

Video yang berdurasi selama 44 saat itu telah menjadi tular sejak ianya dimuat naik di Twitter. Sehingga kini, ianya telah ditonton lebih 400 ribu oleh warganet.

Sumber: @AnimalsWorld

Aqmal Ezany

I write what is right