Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Dramatik Sangat Ni, Gelagat Ayah 'Merajuk Manja' Buat Ramai Terhibur

ayah dramatik
Kredit: Threads @bnnyfil

Dramatik Sangat Ni, Gelagat Ayah 'Merajuk Manja' Buat Ramai Terhibur

Nama pun ketua keluarga, imej seorang ayah selalunya sinonim dengan garang, tegas dan tak banyak cakap.

Jarang sekali kita nampak sisi manja mereka, apatah lagi nak merajuk atau buat 'drama kecil' macam anak-anak.

Tapi realitinya, di sebalik wajah serius dan suara tegas itu, ayah juga manusia biasa. Ada hati, ada perasaan. Kadang-kadang pula, ada juga sisi 'manja yang tak disangka'.

Baru-baru ini, satu perkongsian ringkas di Threads mencuri perhatian ramai apabila seorang wanita berkongsi gelagat ayahnya yang sudah berusia.

"Bapa aku dah tua pun dramatic..."

Menerusi tangkap layar perbualan dalam kumpulan keluarga, wanita tersebut berkongsi satu situasi yang membuatkan ramai terhibur.

Mana tidaknya, si ayah mungkin ketika itu sedang ditahan di wad dan memaklumkan kepada anaknya bahawa dia akan dibenarkan keluar tidak lama lagi. Mungkin juga dia memang mengharapkan untuk dijemput pulang.

Namun, tiba-tiba muncul pula sisi lain seorang ayah, kononnya mahu berdikari dan tidak mahu menyusahkan anak-anak. Dari situ bermulalah nada kecil yang kedengaran seperti merajuk manja.

Kredit: Threads @bnnyfil

“Mak ayah kita pun lebih kurang sama..." - Netizen

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen mula berkongsi pengalaman masing-masing.

Rupanya, bukan seorang dua, tapi ramai yang pernah melalui situasi sama dengan ibu bapa mereka.

"Mak aku: kalau tak boleh takpe la, mama ambik Grab je. Dia tak pernah order Grab seumur hidup dia dan tak tau pun nak guna Grab macam mana..."

"Mak kita. “Lama kamu tak telefon, scammer lagi banyak call mak,” Kita duduk rumah 5 minit je dari rumah dia."

"Ayah sy pun gitulah. Masa kecik dulu lagilah. Discharge dari wad, dia cakap nak balik naik bas. Kita pula tanya naik bas pukul berapa."

"Ayah saya pernah warded hospital. Ada satu hari tu dia kata dia boleh keluar. Abang suruh tunggu, dia kerja balik nak ambil kereta, lepas tu baru datang ambil. Dia punya tak sabar tu, dia suruh guard hospital bookkan Grab yang harga RM5 je. Lepas tu turun jalan kaki pergi KTM nak balik rumah. Hahhahaa, baran abang aku dibuatnya sebab pergi hospital ayah tak ada."

Gelagat ini membuatkan ramai terhibur, kerana ia sangat dekat dengan realiti kehidupan bersama ibu bapa yang semakin berusia.