Siakap Keli
darurat politik
Gambar Hiasan via Bernama

“Jangan Kita Panik”, Kecoh Spekulasi Berkaitan Darurat, Ini Respon Peguam

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Hari ini kita melihat kecoh di sana sini rakyat Malaysia berbincang mengenai isu darurat terutamanya di media sosial. Suasana ini pastinya sedikit sebanyak membuatkan orang ramai panik susulan ketidaktentuan politik dan suasana gelombang ketiga pandemik COVID-19 di negara kita.

Spekulasi hanya akan membuatkan kita terus panik. Oleh itu, kita sebaiknya mendapatkan penjelasan mengenai situasi semasa daripada pakar undang-undang sendiri yang lebih memahami perlembagaan negara. Tanpa membuang masa, mari ikut penjelasan peguam, Puan Nor Zabetha di laman Facebook beliau mengenai isu darurat yang diperdebatkan hari ini.

Orang tanya saya benarkah akan diisytiharkan darurat? Ramai pula yang tanya.

Sebab bila membaca berita. Kebanyakan faham darurat yang dirujuk adalah darurat sebab Covid-19, bermakna mereka faham ‘total lockdown’.

Jadi mereka faham lagi dasyat dari PKP tempohari. Kalau laporan berita, selalu mereka bagi ayat-ayat yang macam segenap pelusuk lapisan masyarakat faham. Padahal tidak.

Bukanlah semua faham, jadi rumusan kepada bacaan berita itu, pastinya ikut fahaman masing-masing. Ada yang faham total lockdown, ada yang faham kena panic buying. Macam-macam jenis fahaman.

Bila semua faham begitu, berlakulah ‘panic attack’ dan ramai-ramai mungkin membuat persediaan untuk total lockdown. Fahaman kita berbeza-berbeza.

Tambah pula bersepah-sepah berita palsu bakal timbul. Tambah pula kalau ada jenis-jenis manusia yang suka bikin panik, bertambah paniklah kita.

Jadi selagi mana tidak ada penyampaian yang tepat, jadi jangan kita panik. Mungkin ada yang bayangkan total lockdown, dengan polis dan tentera, tidak boleh keluar rumah.

Kalau ikut bacaan, pada fahaman saya ianya adalah darurat politik atau pentadbiran.

Lebih kepada memberi kuasa kepada YDPA untuk meneruskan pentadbiran kerajaan. Jadi bukanlah ada total lockdown lebih dasyat dari PKP. Itu sahaja, saya hendak kalian faham.

Semua ini berbalik semula kepada Perlembagaan Persekutuan kerana ada undang-undang dalam sistem pentadbiran negara dan bila negara Malaysiaku menghadapi pelbagai isu dalam suatu masa seperti isu politik, Covid-19 dan lain-lain.

Maka darurat ini mungkin salah satu cara untuk mengawal keselamatan dan keamanan awam, ketenteraman awam dan kesejahteraan ekonomi selaras dengan Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan.

Semoga yang baik-baik sahaja untuk negara kita Malaysia.

Oleh Nor Zabetha

Sumber: Nor Zabetha

Amira

Love yourself.