Siakap Keli

Tular Rakaman Wanita Pertahankan Diri Dari Dua Orang Mabuk, Dipercayai Hanya Lakonan Untuk Beri Peringatan Kepada Wanita

Seorang wanita menjadi tumpuan viral kerana menggunakan kemahiran seni mempertahankan diri di sebuah restoran.

Video rakaman CCTV berdurasi 16 saat itu menunjukkan, seorang kakitangan restoran melayani dua orang lelaki yang duduk di satu meja. Salah seorang lelaki menarik lengan pelayan tersebut mendorongnya untuk bersama menemani mereka.

Dia dilihat mempertahankan dirinya dengan memukul lelaki itu sehingga dia jatuh, dan kemudian menendang lelaki kedua, ketika dia mengejarnya.

Lelaki kedua itu kemudian dilihat melemparkan kerusi ke arah pelayan itu, tetapi dia dapat menangkap, dan seterusnya menendang lelaki itu sehingga jatuh ke lantai.

Dan ternyata, seluruh adegan yang terjadi itu hanyalah sebuah lakonan semata. Menurut video China Times, perkara tersebut diketahui apabila pelayan restoran di dalam video itu adalah pemilik restoran itu sendiri.

Dia juga mempunyai pengalaman yang tinggi dalam seni mempertahankan diri Taekwondo.

Menurut China Times, dia menjelaskan bahawa kejadian seperti itu hampir terjadi kepadanya apabila ada beberapa pelanggan yang mabuk cuba mengganggunya semasa memesan makanan dan cuba menyentuhnya.

Pada keesokan harinya, dia bercadang untuk membuat rakaman seni mempertahankan diri berdasarkan kejadian itu dan meletakkannya di dalam internet.

Tujuannya adalah untuk mendorong wanita di luar sana agar tidak takut untuk mempertahankan diri apabila dalam keadaan bahaya. Dia juga mendesak agar para wanita untuk belajar teknik mempertahankan diri.

Dia menambah lagi, “Perkara paling penting”, katanya, adalah untuk mengingatkan orang ramai agar menjaga tingkah laku mereka ketika mereka dalam keadaan khayal.

Sumber : Mothership.sg 

Aziezzan