Siakap Keli

(Gambar) Lima Lokasi ‘Misteri’ Ditemui Dalam ‘Google Maps’ Yang Bikin Berdebar

Dunia ini penuh dengan misteri. Dari pedalaman hutan hinggalah bandar besar, terselit lokasi-lokasi menyeramkan yang boleh menimbulkan tanda tanya.

Kali ini, kami ingin kongsikan tujuh lokasi misteri yang pernah ditemui di Google Maps yang mungkin bakal meremangkan bulu roma anda.

1. Nagoro, Jepun

Percaya atau tidak, perkampungan Nogoro di Shikoku, Jepun ini dihuni oleh patung-patung yang menyeramkan. Dikhabarkan, ramai para penduduknya yang meninggalkan kampung untuk mencari pekerjaan dan meninggal dunia.

Kira-kira sebelas tahun lalu, seorang wanita, Tsukimi Ayano pulang ke sana. Bagi mengubati kesunyian, dia menghasilkan patung orang-orang daripada jerami sebagai ganti bagi setiap ‘bekas’ penduduk yang pernah tinggal di sana. Ada yang diletakkan di sekolah, padang mahupun berhampiran sungai.

Sekitar 350 patung bersaiz manusia dikatakan menghuni perkampungan itu. Anda berminat melihat bagaimana wajah-wajah ‘penduduk’ kampung itu?

Lokasi Google Maps.

2. El Bronx

Kalau di alam nyata, pasti ramai yang tidak berani menjejakkan kaki ke pekan ini. Pernah menjadi antara lokasi paling berbahaya di Colombia, kejiranan ini terkenal dengan pengedaran dadah.

Ia menempatkan rumah penyeksaan dan bilik pelacuran yang menjadikan anak kecil sebagai mangsa. Ya, anak kecil di pekan ini tidak terkecuali dari menjadi mangsa sindiket pelacuran.

Malah, menurut The World Weekly, pekan ini juga dikatakan menjadi lokasi di mana penjenayah berani membunuh dan memotong anggota badan mangsa secara terang-terangan. Pun begitu, sekitar 3,000 orang dikhabarkan berkunjung ke lokasi itu setiap hari untuk mendapatkan dadah sehinggalah polis menjalankan operasi serbuan besar-besaran di kejiranan tersebut pada 2016.

Selepas peristiwa itu, kerajaan tempatan dikatakan merancang untuk ‘membangunkan’ lokasi itu sebagai tempat industri kreatif dan kebudayaan.

Kredit: Google

Ada antara penghuni pekan ini yang tidur di dalam timbunan ‘sampah’.

Gambar lama. (Kredit: Google)
Kredit: Google

3. Rumah di Seymour Avenue, Cleveland, Ohio

Rumah ini pasti menjadi igauan ngeri bagi tiga wanita yang diculik dan dikurung selama sembilan tahun oleh Ariel Castro.

Biarpun usaha mencari mangsa giat dijalankan, kesemua wanita ini telah disembunyikan dengan sempurna oleh lelaki tersebut dan dijadikan hamba pemuas nafsunya.

Malah, tembelangnya hanya terbongkar apabila salah seorang mangsa berjaya melepaskan diri bersama anaknya yang juga merupakan anak kepada penculik terbabit.

Kini, lokasi itu masih boleh dilihat di Google Maps, namun ianya dikaburkan atas sebab tertentu.

4. Mayat mangsa bunuh di California

Gambar tragedi malang yang menimpa seorang remaja 14 tahun di Richmond, California sebelum ini pernah dipaparkan di Google Maps secara tidak sengaja.

Dalam gambar tersebut, kelihatan kereta polis dengan beberapa orang individu dipercayai detektif sedang berada di lokasi kejadian. Bagaimanapun, atas dasar sensitiviti dan permintaan keluarga mangsa, gambar itu akhirnya dibuang dari laman Google Maps.

5. Pripyat

Bandar ini dibina khas untuk para pekerja loji kuasa nuklear Chernobyl. Sebelum tragedi, kehidupan kira-kira 50,000 penduduk tempatan dikatakan baik dengan gaji yang tinggi dan sumber keperluan yang mencukupi.

Bandar ini juga bukan sahaja mempunyai kemudahan seperti sekolah yang baik, malah ia turut memiliki taman hiburan tersendiri.

Namun, gara-gara letupan reaktor pada April 1986 bagaikan membunuh segala keindahan di sana. Sisa radiasi yang berbahaya di lokasi itu membuatkan ia tidak sesuai untuk dihuni sehingga kini.

Sekolah yang ditinggalkan bersama buku dan barangan yang tidak terusik

Kredit: Behind Closed Doors

Nak ‘lawati’ sendiri bandar ini? Jom bersiar-siar di sini. Awas, jangan sesat.

Sumber: Medium, Unusual Places, The World Weekly, List Verse

Amira

Love yourself.