Siakap Keli

(Video) Khabib Jadi Imam Di Kem Latihan, Bakal Bertarung Menentang Gaethje Awal Pagi Ahad

Khabib Nurmagomedov dijadualkan bertarung dengan Justin Gaethje untuk acara UFC 254 kategori Lightweight pada jam 2 pagi ini waktu Malaysia.

Dalam satu video yang dimuatnaik di laman Youtube rasmi Khabib, seperti kita semua tahu Khabib adalah seorang muslim dan dalam video tersebut menunjukkan beliau mengimamkan solat di kem latihannya di Emiriyah Arab Bersatu (UAE).

Khabib sentiasa menunjukkan contoh yang baik sebagai seorang muslim dan sentiasa menyebut kalimah Allah sebelum memulakan perlawanan. Untuk rekod setakat ini, Khabib masih lagi mengekalkan rekod tanpa kalahnya sepanjang karier di UFC.

Sumber: Khabib Youtube

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)