Siakap Keli
Gambar: Google

TERKINI COVID-19: 1,000 Kes Sembuh Dicatatkan Hari Ini, 659 Kes Baharu Dan Tiada Kematian Baharu

Putrajaya, 31 Okt – Sebanyak 659 kes baharu COVID-19 dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes di negara ini sebanyak 31,548 kes.

Dari jumlah itu, sebanyak 658 kes melibatkan penularan tempatan dan hanya satu kes import, lapor Kementerian Kesihatan (KKM).

Sebanyak 83 kes dirawat di unit rawatan rapi manakala 19 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Sementara itu, sebanyak 1,000 kes sembuh dilaporkan, menjadikan jumlah kes sembuh di Malaysia mencecah 21,248 kes

Tiada kematian dilaporkan.

Sumber: KKM

Amira

Love yourself.