Siakap Keli
james bond meninggal dunia
Gambar: Google

Pelakon Lagenda James Bond, Sean Connery Meninggal Dunia

Pelakon lagenda Scotland, Sir Sean Connery yang terkenal dengan wataknya sebagai James Bond meninggal dunia semalam pada usia 90 tahun, lapor Bernama memetik laporan Anadolu Agency.

Menurut laporan Bernama, Connery merupakan pelakon pertama memainkan watak James Bond dan telah melakonkan watak itu sebanyak tujuh kali. Beliau dikenali sebagai watak asal James Bond dan dianggap agen 007 yang terbaik.

Pada 1998, beliau telah memenangi anugerah Oscar bagi persembahannya sebagai pelakon pembantu terbaik dalam The Untouchables.

Beliau turut memenangi British Academy Film Awards dan tiga Golden Globe Awards. Connery diberi anugerah kesatria pada tahun 2000 yang memberikannya gelaran ‘Sir’ atas perkhidmatannya dalam perfileman.

Sumber: Bernama

Amira

Love yourself.