Siakap Keli
Gambar via rakaman The Sun

(Video) Detik-Detik Kereta Api Bawa Bahan Kimia Tergelincir Dari Landasan, Penduduk Setempat Diarahkan Kosongkan Kediaman

Sebuah kereta api pengangkutan yang membawa bahan kimia tergelincir dari landasan pada Khamis di tenggara Texas, mendorong pihak berkuasa untuk mendesak penduduk berhampiran kawasan itu untuk mengosongkan kediaman mereka ketika pihak polis membuat kiraan jumlah kerosakan itu, kata pejabat sheriff Orange County.

‘Kemalangan’ itu berlaku pada Khamis pagi berhampiran Mauriceville, berhampiran dengan sempadan Louisiana. Pelajar sekolah rendah dan menengah yang berdekatan dipindahkan dan pihak berkuasa meminta semua yang melakukan perniagaan dan kediaman dalam jarak satu batu dari lokasi tersebut segera berpindah.

Setakat kini, tiada laporan mengenai kecederaan diterima.

Jurucakap pejabat sheriff memberitahu NBC News bahawa kereta api itu membawa bahan kimia dan pegawai yang lain sedang berusaha untuk mengesahkan sama ada ia berbahaya ataupun tidak. Ahli gabungan NBC, KJAC melaporkan kereta api itu membawa kandungan bahan kimia yang digambarkan oleh pejabat sheriff sebagai “petroleum.”

Memetik perkongsian The Sun dari laman twitter, satu rakaman berjaya dirakam dipercayai mengenai insiden tersebut.

Sumber : The Sun, NBC 

Aziezzan