Siakap Keli
Kredit gambar: Google

TERKINI COVID-19: Dukacita Dimaklumkan, 8 Kematian Dilaporkan Hari Ini & Semua Mangsa Berusia Lebih 55 Tahun

PUTRAJAYA, 4 Nov – Dukacita dimaklumkan terdapat lapan (8) lagi kematian akibat jangkitan COVID-19 dilaporkan hari ini, umum Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Datuk Seri Dr. Noor Hisham Abdullah hari ini.

Angka tersebut menjadikan kes kematian keseluruhan terkini meningkat ke 271 kes bersamaan 0.8 peratus.

Berdasarkan laporan, kes pertama, kes ke-264 iaitu kes ke-7,745 melibatkan seorang lelaki warganegara berusia 83 tahun, mempunyai latar belakang penyakit darah tinggi, kencing manis dan strok, kes meninggal dunia di Hospital Duchess of Kent, Sandakan, Sabah.

Kes kedua, kes ke-265 iaitu kes ke-32,597 melibatkan seorang lelaki warganegara berusia 63 tahun, mempunyai latar belakang penyakit paru-paru kronik, kes meninggal dunia di Hospital Wanita & Kanak-kanak Likas.

Kes ketiga, kes ke-266 iaitu kes ke-16,846 melibatkan seorang lelaki berusia 79 tahun di Perak, mempunyai latar belakang penyakit darah tinggi dan buah pinggang, kes meninggal dunia di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Perak.

Kes keempat, kes ke-267 iaitu kes ke-32,191 melibatkan seorang lelaki berusia 64 tahun, mempunyai latar belakang penyakit darah tinggi, kes meninggal dunia di Hospital Tuaran, Sabah.

Kes kelima, kes ke-268 iaitu kes ke-29,671 melibatkan seorang lelaki warganegara berusia 56 tahun, mempunyai latar belakang penyakit darah tinggi, kencing manis dan jantung, kes meninggal dunia di Hospital Duchess of Kent, Sandakan, Sabah.

Kes keenam, kes ke-269 iaitu kes ke-33,909 melibatkan seorang lelaki warganegara berusia 63 tahun, mempunyai latar belakang penyakit paru-paru kronik, kes meninggal dunia di Hospital Duchess of Kent, Sandakan, Sabah.

Kes ketujuh, kes ke-270 iaitu kes ke-25,352 melibatkan seorang wanita bukan warganegara berusia 60 tahun, mempunyai latar belakang penyakit kencing manis, darah tinggi dan kegagalan jantung, kes meninggal dunia di Hospital Tawau, Sabah.

Kes terakhir, kes ke-271 iaitu kes ke-34,013 melibatkan seorang lelaki bukan warganegara berusia 70 tahun, mempunyai latar belakang penyakit strok, kes meninggal dunia di Hospital Tawau, Sabah.

Untuk rekod, terdapat 1,032 kes positif baharu jangkitan COVID-19 yang direkodkan hari ini.

Sumber: KKM

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'