Siakap Keli

(Video) Lelaki Ini Buat Uji Kaji Rebus Telefon Pintar iPhone Dan Android, Hasilnya Sangat Mengejutkan

Sebuah video memaparkan uji kaji yang dijalankan terhadap dua buah telefon pintar android dan Iphone yang ‘direbus’ di dalam air panas menggelegak menjadi tular di media sosial.

Video yang meraih hampir 12 juta tontonan dan lebih 30 ribu ulang kicau di Twitter dalam tempoh tiga hari dimuat naik ternyata menarik perhatian ramai warganet.

Menerusi video berdurasi 1 minit 3 saat, seorang individu meletakkan telefon pintar Iphone bersama android model Samsung Galaxy S7 yang masih berfungsi di dalam sebuah periuk yang diisi air panas menggelegak.

Namun, dalam tempoh beberapa saat, telefon pintar Iphone dilihat telah terpadam. Manakala, telefon pintar Samsung Galaxy S7 masih bertahan dengan paparan skrin yang masih hidup.

Setelah dikeluarkan, individu berkenaan menyentuh skrin telefon pintar Samsung Galaxy S7 dan ianya boleh dibuka dan berfungsi seperti biasa.

”Saya letakkan kedua-dua telefon ini di dalam peti sejuk selama beberapa minit. Jom lihat jika telefon ini masih boleh dihidupkan.

”Saya boleh melihat paparan di telefon Samsung Galaxy S7 di sini dan lihatlah, sangat berbaloi,” katanya sambil teruja menunjukkan telefon pintar berkenaan yang seakan tidak mengalami sebarang kerosakan.

Sumber: Twitter @pmcafrica

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.