Pelbagai cara dilakukan oleh sebahagian kita untuk mendapatkan sesuap rezeki. Ada yang menjual makanan di tepi jalan, ada yang ‘berbusking’ dan ada juga yang menjadi maskot bagi menghiburkan orang ramai.
Seperti seorang individu di dalam pakaian maskot yang tular di Indonesia sebelum ini. Dipercayai dirakam di Palembang, individu di dalam maskot dalam video tular itu seakan tertidur di tepi jalan membuatkan orang ramai berasa tersentuh melihatnya.
“Terduduk lesu dengan kepala menunduk nampak seperti sedang bersedih atau mungkin terlelap menahan lelah. Semoga mendapat perhatian dari pemimpin setempat,” tulis pemilik akaun Sahabat Surga.
Dalam video tersebut, kelihatan maskot itu duduk bertinggung di tepi jalan dan tertunduk, seakan sedang tidur. Perbuatannya telah menarik perhatian beberapa pengguna jalanraya yang berhenti di lampu isyarat tersebut.
Video yang telah mendapat lebih 426 ribu tontonan itu dihujani doa dan simpati oleh warga maya.
Moga diberikan rezeki yang cukup sehari-hari
Rezeki bukan sekadar wang atau harta
Saya yang duduk di rumah masa keadaan COVID-19 ini pun rasa tak senang, apatah lagi dia yang duduk seharian di jalan yang belum tentu perutnya kenyang.
Semoga lelahmu menjadi lillah (untuk Allah)
Moga Allah angkat darjatmu dan keluargamu, diberi kesihatan selalu
Sumber: Sahabat Surga