Siakap Keli
Kredit gambar: Mirror/Google

(Video) Imej-imej ‘Meloyakan’ Ini Jadi Sebab Kenapa Mangkuk Tandas Perlu Ditutup Ketika “Flush”- Kajian

Mungkin ramai antara kita tidak tahu, kenapa penutup mangkuk tandas perlu ditutup sewaktu kita ‘flush‘ selepas membuang air.

Satu kajian yang pernah dijalankan oleh Harpic dengan menggunakan kamera berteknologi tinggi menunjukkan, apabila penutup tandas tidak ditutup, maka didapati titisan-titisan air daripada dalam mangkuk tandas akan terpercik keluar.

Kredit gambar: Mirror

Menurut WGNTV, kajian yang dijalankan ke atas 2,000 individu di United Kingdom itu menunjukkan kira-kira 55 peratus daripada mereka membiarkan penutup tersebut dibuka.

Berbalik kepada situasi di tandas, selepas flush ditarik, titisan air mengandungi bakteria dan virus daripada mangkuk tandas itu akan terkeluar dan boleh  tersebar ke lantai sejauh enam kaki.

Kredit gambar: Mirror

Apa yang anda lihat berwarna-warni seperti bunga api di atas ini sebenarnya ialah titisan aerosol yang keluar bersama air dari mangkuk tandas.

Merujuk kepada kajian American Journal of Infection Control;

“Tandas tercemar telah terbukti jelas dengan menghasilkan titisan air yang mengandungi bioaerosol semasa pembilasan (flushing). Dan kajian juga menunjukkan tandas memainkan peranan penting dalam penularan penyakit berjangkit yang tersebar melalui najis mahupun muntah,”

Tempat penyebaran COVID-19

Selain itu, kajian juga mendapati virus Sars-Cov-2 atau COVID-19 juga boleh berada pada najis berbulan lamanya.

Itu lebih lama daripada sampel pernafasan, walaupun berapa lama virus itu boleh menyebabkan jangkitan ataupun tersebar melalui kotoran bahan buangan (najis), itu belum diketahui.

Dalam pada itu, langkah terbaik yang perlu dilakukan adalah menutup penutup mangkuk tandas tersebut setiap kali selepas ‘selesai’ membuang air dan flush.

Selain itu, kita juga amat digalakkan untuk memakai sarung tangan apabila mencuci tandas dan bilik air.

Dalam masa sama, pastikan tandas sentiasa berada dalam keadaan bersih dengan menggunakan pencuci tandas yang boleh menghilangkan kotoran kekal atau degil, seperti limescale kerana ia boleh mengumpulkan bakteria padanya.

Limescale adalah kerak kapur yang mengeras, terdiri daripada kalsium karbonat (CaCO3) yang biasa terhasil dalam cerek, paip, permukaan besi dan sebagainya. Bakteria juga boleh terkumpul di sini.

Kerak pada paip | Kredit: Google
Kerak pada paip | Kredit: Google

Di bawah ini adalah video simulasi bagaimana virus, bakteria dan titisan kotoran boleh merebak ke pakaian kita serta lantai.

Sumber: Mirror, WGNTV, Wikipedia, Youtube

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'