Siakap Keli
Gambar Via DNA India

Viral Enak ‘Mandi Susu’ Di Kilang Tenusu, Lelaki Dibuang Kerja & Kilang Diarah Tutup

Sebuah kilang susu di Turki ditutup setelah satu rakaman yang memaparkan seorang pekerja didakwa berendam di dalam susu telah tular, lapor DNA India.

Menurut Hurriyet Daily News, rakaman yang menimbulkan kemarahan warganet di sana itu dipercayai dirakam di kilang susu di wilayah Konya, Anatolia Tengah.

Pihak berkuasa telah mengumumkan bahawa kilang susu tersebut dikenakan denda dan ditutup kerana memberi risiko kepada kesihatan manusia.

Gambar Via DNA India

Menerusi video tersebut, dapat dilihat seorang lelaki sedang duduk di dalam sebuah tong yang dipercayai dipenuhi susu serta menggunakan cawan untuk menuang susu itu ke atas kepalanya.

Lelaki dan perakam video itu dipercayai telah ditangkap.

Bagaimanapun pegawai kilang berkenaan menafikan perkara tersebut dan mendakwa bahawa lelaki berkenaan tidak berendam di dalam susu, sebaliknya berendam dalam campuran air dan bahan pembersih.

Gambar Via DNA

Pun begitu, kontraknya dengan syarikat itu ditamatkan selepas kejadian tular tersebut.

Mereka mendakwa bahawa video tersebut merupakan cubaan untuk menfitnah syarikat terbabit dan menjelaskan bahawa cecair terbabit sebenarnya digunakan untuk mencuci tong-tong mereka.

Menurut laman web berita Haberler, Pengurus Pertanian dan Perhutanan, Konya Ali Ergin, pihaknya telah melancarkan siasatan terhadap kejadian itu dan menutup kilang tersebut.

Sumber: DNA India

BACA: ‘Style’, Kualiti Hi-Fi & Sekat Bunyi Luaran, HUAWEI X GENTLE MONSTER Eyewear II & ‘Headphones’ HUAWEI FreeBuds Studio Mula Berada Di Pasaran Hari Ini

Sofea

There's always another side to every story