Siakap Keli
Gambar: Daily Star

Mujur Belum Tanggal Pakaian, Wanita Dakwa Ada Individu Cuba Rakam Di Celah Bawah Pintu Bilik Persalinan

Seorang wanita menerusi satu video yang dikongsi melalui akaun TikTok mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati selepas dia didakwa berjaya mendedahkan perbuatan seorang lelaki yang bertindak merakamnya ketika di bilik persalinan.

Video yang dikongsikan oleh wanita warga Amerika Syarikat itu telah menjadi tular sehingga mendapat lebih 16 juta tontonan daripada warganet.

Video tersebut memaparkan wanita itu di dalam sebuah bilik persalinan pakaian secara berseorangan, yang mempunyai jurang pada bahagian bawah dan atas bilik berkenaan.

Ketika dia sedang bersiap sedia untuk mencuba seluar jeans dan baju, dia telah ternampak sebuah kamera telefon menghadap ke arahnya dari bilik bersebelahan.

Dalam video tersebut, dapat dilihat bahawa seorang lelaki meletakkan telefon bimbitnya di antara kasutnya di lantai dan mengarahkannya tepat ke arah wanita berkenaan.

Wanita itu turut memuat naik video tersebut sambil menulis “Seorang lelaki cuba untuk rekod saya salin pakaian di bilik persalinan.”

Mujur wanita itu ternampak taktik yang digunakan lelaki itu sebelum menanggalkan pakaiannya.

Dia telah berkongsikan insiden yang mengejutkan itu di akaun TikTok dan menyeru penonton supaya “berhati-hati di luar sana”.

Sumber: Daily Star

Aqmal Ezany

I write what is right