Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan bahawa kerajaan telah bersetuju untuk memberikan kelonggaran iaitu tiga orang yang tinggal serumah dalam satu kenderaan.
Menurutnya, keputusan mensyuarat khas itu dibuat selepas mendengar rungutan serta pandangan orang ramai.
“Banyak rungutan-rungutan dan pandangan daripada orang ramai meminta supaya memberi sedikit lagi kelonggaran. Oleh itu, mesyuarat hari ini bersetuju untuk memberikan kelonggaran iaitu tiga untuk satu kenderaan.
“Dan ini samalah seperti e-hailing, teksi iaitu 1 plus 2,” katanya.
TERKINI
Sidang khas MKN setuju beri kelonggaran 3 orang yang tinggal serumah(berbanding 2 sebelum ini) dalam sebuah kenderaan sepanjang tempoh pelaksanaan PKPB. pic.twitter.com/uRgi6OKfYG— MAJLIS KESELAMATAN NEGARA JABATAN PERDANA MENTERI (@MKNJPM) November 13, 2020
Sumber: Majlis Keselamatan Negara