Mungkin ada wanita pernah mengimpikan untuk mempunyai butang ‘mute’ terhadap lelaki. Tambahan lagi jika berdepan dengan lelaki yang tidak disukai.
Keinginan tersebut pernah menjadi kenyataan kepada seorang wanita di China pada tahun 2019 tetapi ‘impian’ tersebut berlaku dengan sedikit berbeza.
Di didiagnosis dengan jenis kehilangan pendengaran yang menyebabkannya tidak dapat memahami suara nada rendah, seperti suara lelaki.
Menurut laporan, wanita Cina yang hanya dikenali dengan nama belakangnya, Chen, bangun pada suatu pagi dengan tidak dapat mendengar suara teman lelakinya.
Chen juga muntah malam sebelumnya dan mula menyedari terdapat deringan di telinganya ketika itu menandakan sesuatu yang serius sedang terjadi.
Dia pergi ke Hospital Qianpu, di mana pakar telinga, hidung, dan tekak, Lin Xiaoqing, mendiagnosisnya dengan bentuk kerosakan pendengaran frekuensi rendah yang jarang berlaku.
Ianya disebut reverse-slope hearing loss (RSHL), yang menghalang orang untuk mendengar suara frekuensi rendah.
Difahamkan, Chen, yang tinggal di tenggara China, adalah salah satu dari beberapa orang yang mengalami keadaan ini.
Pusat Pendengaran Thigpen, sebuah klinik audiologi di Tennessee, menyatakan bahawa RHSL hanya mempengaruhi sekitar 3,000 orang di Amerika Syarikat dan Kanada.
Dengan kata lain, untuk setiap 12,000 kes kehilangan pendengaran, hanya satu orang yang menghidap RSHL.
Orang dengan RHSL biasanya tidak mempunyai masalah untuk mendengar suara frekuensi tinggi, seperti suara wanita dan anak-anak, tetapi mereka sukar untuk mendengar suara frekuensi rendah, seperti kenderaan, guruh, dan suara melalui telefon.
Xiaoqing melaporkan bahawa Chen dapat mendengar suaranya dengan baik semasa janji temu, tetapi dia tidak dapat memahami suara pesakit lelaki yang juga berada di hospital.
Banyak perkara boleh menyebabkan RHSL, termasuk kelainan genetik dan penyakit dan jangkitan tertentu. Perubahan tekanan cecair di telinga dalam juga diketahui sebagai penyebab.
Xiaoqing percaya bahawa Chen mengalami keadaan itu kerana tekanan dan kurang tidur yang teruk. Bagaimanpun, Chen boleh pulih sepenuhnya setelah menjalani rawatan.
Sumber: Health