Siakap Keli

(Video) Lucu, Lelaki Ambil Cuti MC ‘Kantoi’ Dengan Pengurus Sendiri Ketika Leka Berparti

Setiap pekerja sememangnya mempunyai hak untuk memohon cuti jika mengalami sebarang masalah kesihatan, namun ia tidak seharusnya disalahguna untuk kepentingan diri.

Ada sesetengah dari pekerja yang memandang remeh mengenai perkara ini tanpa menyedari ia akan memberi kesan yang besar kepada kerjaya mereka.

Mungkin korang boleh ambil pengajaran melalui situasi ‘kantoi’ yang dihadapi oleh lelaki ini yang telah tular di TikTok.

Untuk pengetahuan korang, lelaki tersebut telah mengambil cuti sakit namun rupa-rupanya dia pergi keluar berparti dengan rakan-rakannya.

Lebih menarik, semasa dia sedang asyik menari dan bergelak tawa, dia terkejut selepas melihat seseorang dipercayai pengurus di tempatnya bekerja.

Wajahnya kelihatan sangat terkejut sehingga membuatkan warganet terhibur.

Momen ‘kantoi’ tersebut setakat ini telah mendapat sebanyak 4.3 juta tontonan.

@bishal_neupane

have u ever face same situation as @nshnavab 🤣🤣🤣😂#trending #comedy #badday

♬ Capone – Oh No – 由user043998上传

Sumber: bishal_neupane

Sofea

There's always another side to every story