Siakap Keli
Gambar Via ikanparet_id

Lelaki ‘Selamber’ Goreng Ikan Laga Salut Tepung, Ramai Pecinta Ikan Menangis Tengok

Kegilaan kepada ikan laga sememangnya universal, bukan sahaja di negara ini.

Tidak kisah berapa tinggi sekalipun harganya, ia pasti akan menjadi rebutan bagi setiap pencinta hidupan air tersebut.

Memiliki ikan laga pastinya sangat bermakna bagi sesetengah orang, manakan tidak, ia bukan sahaja menjadi satu hobi malah boleh menjana pendapatan.

Pemilik ikan laga biasanya akan menjaga ikan tersebut seperti diri mereka sendiri.

Namun, perkongsian Instagram dari Indonesia ini mungkin akan membuatkan anda ‘panas’.

Gambar Via ikanparet_id
Gambar Via ikanparet_id

Melalui kiriman ikanparet_id, dapat dilihat sekumpulan ikan laga telah digoreng dengan bersalut tepung.

Gambar Via ikanparet_id
Gambar Via ikanparet_id

Perkongsian itu telah menarik perhatian warganet di sana dan rata-rata dari mereka kesal dengan tindakan tersebut.

Gambar Via ikanparet_id
Gambar Via ikanparet_id

Pun begitu, tidak dapat dipastikan sama ada ikan itu betul-betul dimakan atau tidak, lokasi sebenar ‘kejadian’ ini juga tidak dinyatakan.

Sumber: ikanparet_id

Sofea

There's always another side to every story