Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Lelaki Menangis, Ternampak Bayi Maut Dalam Kemalangan

Lelaki Menangis Bayi Maut
Kredit: Threads @cikkalofa_ecvi & Facebook Balai Bomba Gua Musang

Melihat seseorang kehilangan insan tersayang sememangnya menyayat hati, apatah lagi apabila melibatkan bayi yang masih terlalu kecil.

Sukar dibayangkan betapa hancurnya perasaan keluarga yang terpaksa menerima kehilangan itu, apatah lagi dalam keadaan yang begitu mengejutkan.

Baru-baru ini, tular di Threads rakaman seorang lelaki menangis sambil memeluk isterinya selepas melihat seorang bayi maut di lokasi kemalangan.

Dalam satu hantaran @cikkalofa_ecvi, dia berkongsi dia dan keluarganya sedang dalam perjalanan balik dari Kelantan dan terperangkap dalam kesesakan lalu lintas.

Lelaki Menangis Ternampak Bayi Maut Kemalangan

Susulan kesesakan itu, suami @cikkalofa_ecvi mengambil keputusan untuk turun dan melihat sendiri punca kesesakan yang berlaku.

“Harini tak expect pun dapat tau berita sedih. Masa dalam perjalanan balik dari Kelantan, kami stuck jem kat Gua Musang - Kuala Krai.

“Masa tu suami decide nak turun sebab ada abang yang bawa lori dari belakang pergi depan untuk tengok keadaan.

“Dia kata ada lelaki tersepit nak keluarkan tapi tak boleh sebab badan dia agak besar. Jadi dia bawa lori kedepan untuk tolong tarik kereta tu,” katanya.

Bagaimanapun, @cikkalofa_ecvi tidak menyangka suaminya kembali ke kereta membawa berita menyayat hati tentang kematian seorang bayi.

Sebaik sahaja masuk ke dalam kereta, suami @cikkalofa_ecvi terus memeluk isterinya itu sebelum menitiskan air mata.

“Masa dia balik saja rekod sebab dia arahkan untuk kereta-kereta lain patah balik. Sekali dia peluk dan nangis sebab nampak ada bayi meninggal dunia dalam kereta.

“Masa tu isteri dia (mangsa kemalangan) masih hidup lagi. Suami telefon ambulans untuk minta cepat,” ujarnya.

Menurut orang ramai yang turut berada di lokasi kejadian, sebuah kereta cuba untuk memotong kereta di hadapan mereka namun bertembung dengan sebuah kenderaan dari arah bertentangan.

“Dorang kata kereta merah tu cuba untuk memotong kereta depan. Dalam tu ada tiga pemuda.

“Tapi tak lepas sebab ada kereta putih tu dari arah bertentangan terlanggar. Sebab jalan situ agak berbukit dan kereta putih tu lah yang ada bayi,” katanya.

Menjengah ke ruangan komen, keluarga kepada mangsa telah meninggalkan komen memberikan penjelasan tentang keadaan mereka.

Menurut @fatinsazillasalman, ibu kepada bayi berkenaan malangnya tidak selamat dan abang mangsa yang memandu kereta pada ketika itu juga dalam keadaan kritikal.

“Tu kakak saudara saya. Dia dan bayi meninggal dunia dna abang sepupu kritikal. Minta doa yang baik-baik ya,” kata @fatinsazillasalman.

Lebih memilukan, mangsa bersama abangnya dalam perjalanan untuk pulang ke kampung susulan ibu saudaranya yang meninggal dunia pada hari yang sama.

Sementara itu, Balai Bomba Gua Musang memaklumkan mereka menerima panggilan mengenai kemalangan jalan raya di Jalan Paloh, Gua Musang, pada Ahad sekitar pukul 5.10 petang.

Balai Bomba Gua Musang kemudian mengesahkan kemalangan itu melibatkan tiga buah kereta dan sebuah motosikal serta mengorbankan seorang wanita dan seorang bayi.

“Kemalangan melibatkan tiga buah kereta dan sebuah motosikal. Terdapat seorang wanita dewasa dan seorang bayi meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Kesemua mangsa diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam satu kenyataan.

Intipati
  • Rakaman lelaki menangis selepas melihat bayi maut di lokasi kemalangan tular di Threads.
  • Bomba mengesahkan nahas di Jalan Paloh melibatkan tiga kereta dan sebuah motosikal.
  • Seorang wanita dewasa dan seorang bayi meninggal dunia di lokasi kejadian, menurut bomba.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan