Siakap Keli
Gambar via Google

Pemainan Mobile Popular, PUBG Bakal Lancar Versi Khas Untuk Peminat Di India

PUBG Corporation merancang untuk melancarkan permainan PUBG Mobile baru di India setelah dilarang pada bulan September dek kerana aplikasi berhubung kait dengan Tencent China.

Syarikat di Korea Selatan ingin mewujudkan anak syarikat baru di India untuk memastikan penggunaan dan permainan akan dimaksimumkan keamanan data dan memenuhi pilihan pengguna.

Malah, merancang untuk membelanjakan sebanyak $100 juta untuk meningkatkan permainan video, e-sukan dan industri IT di India.

Berita, yang diperolehi oleh TechCrunch, NDTV, dan sebagainya, adalah sangat penting bagi ekosistem digital India. Ini menunjukkan kemungkinan jalan kembali untuk aplikasi dan permainan yang dilarang dari negara ini kerana masalah keselamatan.

Hal ini didakwa aplikasi tersebut mampu mengumpulkan dan berkongsi data pengguna. India turut melarang aplikasi mudah alih yang berasal dari Cina berikutan seperti Tik Tok, Wechat dan sebagainya.

Oleh itu, PUBG Corporation mengaturkan digital di India dengan lancar selepas memutuskan hubungan dengan Tencent dan melokalisasi pembangunan serta penyimpanan data. Hal ini, syarikat akan memperoleh keuntungan dan menaikkan nama PUBG di India. Bukan itu sahaja, awal bulan ini telah diumumkan bahawa PUBG Mobile akan diacarakan di Microsoft Azure cloud.

Bagi memastikan permainan bersesuaian dengan pengguna, PUBG Corporation akan melancarkan semula dengan memasuki unsur-unsur yang tertentu. Hal ini termasuklah watak-watak yang berpakaian lengkap, cairan hijau akan digantikan kepada darah serta framing permainan sebagai tempat latihan simulasi maya bukan nyata.

Perusahaan akan memberi batasan masa terutamanya golongan muda di samping mempromosikan tabiat permainan yang sihat.

Sumber: The Verge

Nabila

Memilih untuk menjadikan pena sebagai duri yang memberi manfaat kepada manusia