Siakap Keli
Gambar: Haniff Salleh Senso

(Video) “Dua Ekor Dah Seratus Lebih,” ‘Si Uteh’ Buat Muka Tak Bersalah, Kena Beleter Sebab Makan Ikan Laga

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Setiap kucing memiliki sifatnya yang agak tersendiri. Ada yang manja, ada yang garang dan tidak kurang juga dengan sifat kenakalannya.

Seperti satu video yang dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook bernama Haniff Salleh Senso ini, ikan laga yang dibelanya di rumah difahamkan telah disantap oleh kucingnya sendiri.

Menurutnya, harga ikan laga yang dibelinya untuk dibelab itu agak mahal. Seekor ikan laga tersebut berharga RM 66. Kucingnya itu dikatakan telah memakan sebanyak dua ekor ikan laga yang dibelanya.

 

 

Video yang mencuit hati itu memaparkan tuan kepada kucing tersebut sedang memarahi kucingnya.

Video yang berdurasi selama 38 saat itu telah menjadi tular di media sosial Facebook. Sehingga kini, ianya telah mendapat sebanyak lebih 600 perkongsian.

Warganet yang menonton video tersebut turut terhibur melihat gelagat kucing berkenaan.

 

Sumber: Haniff Salleh Senso Via Pencinta Kucing Area Johor

Jom tengok video Setup Tank Ikan di Youtube Siakap Keli

Aqmal Ezany

I write what is right