Siakap Keli

(Video) Si Cilik ‘Oyen’ Tunjuk ‘Muka Kesian’, Berjaya Diselamatkan Bomba Setelah Terperangkap Di Tengah Dinding

Bagi sebahagian orang, kucing adalah haiwan yang bukan saja cute tetapi juga melucukan. Tingkah lakunya yang lucu dan kadang tak terduga, membuat ramai orang tertarik untuk memeliharanya.

Kalau sebut tentang Si Oyen, sudah pasti ramai yang mengetahui dengan perangainya yang nakal. Begitu jugalah seperti nasib yang menimpa seekor kucing berwarna oren ini yang dipercayai terperangkap di tengah-tengah dinding. Mukanya seakan kelihatan sedang bersedih dengan nasibnya telah menarik perhatian.

Klip video berdurasi 0:29 saat yang dikongsikan The Sun melalui akaun twitter mereka tentang seekor anak kucing berwarna oren terperangkap di celah dinding.

Di dalam klip video tersebut, si oren seakan menjerit meminta pertolongan dari dalam dinding. Apabila satu dinding dibuka oleh anggota bomba, oren meninjau keluar dan berjaya dikeluarkan. Si oren pun menunjukkan reaksi seakan lega setelah diselamatkan.

Sumber : The Sun

Aziezzan